Di bawah terdapat Enam tips untuk menulis azam tahun baru:
- Senaraikan azam Tahun baru Sebagai permulaan.
kita senaraikan semua azam yang kita buat, kemudian kita pilih mana-mana perkara yang lebih utama sebagai 1,2,3 dan kita tetapkan tarikh untuk memulakan resolusi itu dalam jangka masa katakan, 40 hari.Kemudian tentukan ulangan yang akan kita lakukan, sekali atau dua kali dalam masa sebulan atau dua bulan. Buat sedikit demi sedikit mengikut kemampuan badan dan mental, kemudian tambahkan ikut kemampuan.Apa yang penting, azam mestilah dilakukan secara tekun.
- Cari azam yang memang ‘mampu’ kita lakukan.
Contohnya, datang ke kuliah awl kerana pada akhir tahun tahun yang lalu kita telah mendapat pointer yang rendah kerana sering lewat ke kuliah.Atau dalam masalah hati, kita tidak mahu bersifat prejudis kepada insan lain, hendak mencintai semua orang dan membahagiakan orang lain.
- Cari azam yang sudah kita lakukan atau yang memang kebiasaan kita
Contohnya, solat lima waktu kita memang lakukan tetapi adakah sempurna solat kita, adakah waktunya tepat? Azam kita ialah untuk mencantikkan amal yang dilakukan setiap hari.
- Pilih azam yang mudah.
Contoh paling mudah adalah tersenyum dalam apa cara sekalipun kerana senyum adalah sedekah. Tahukah kita bahawa senyuman kita yang pertama di waktu pagi bagi seorang sedang murung boleh membahagiakannya sehari suntuk.
- Pilih azam yang tidak boleh diukur
tanpa unit dimensi dan abstrak. Contohnya, saya akan jadi orang yang lebih baik. Ini tidak boleh diukur kerana lebih baik boleh membawa pelbagai maksud iaitu, baik saja, lebih baik dan lebih baik lagi.
- Tuliskan azam di tempat mudah dilihat
Tampal resolusi di tempat mudah dilihat, umpamanya dengan melekatkan di dinding, peti sejuk, cermin di bilik tidur, di telefon atau buku bacaan terkini. Jika kerja kita menggunakan komputer, buatkan ’pop up icon’ yang akan terpampang setiap kali kita menggunakan komputer.
p/s: Enam tips di atas untuk menulis azam tahun baru dan semoga kita akan dapat menulis azam tahun baru yang canggih untuk tahun baru ini. dan yang paling penting kita berusaha untuk mencapai azam tahun baru itu...
No comments:
Post a Comment